Thursday 22 May 2014

TAKLIMAT PENGURUSAN DATA P1NCH SECARA ONLINE

Taklimat tersebut akan dijalankan pada hari Ahad jam 10 pagi. Semua guru dikehendaki membawa komputer riba dan maklumat murid P1NCH Bil 1. Berikut lokasi mengikut Zon:

  1. ZON 1 : SK BATU ANAM
  2. ZON 2 : PKG BANDAR (BERTUKAR KE BILIK SEMINAR STAR)
  3. ZON 3 : BILIK SEMINAR STAR
  4. ZON 4 : SJKC BUKIT SIPUT
  5. ZON 5 : PKG LABIS 

Saturday 3 May 2014

PROGRAM OUTREACH SEGAMAT 2014 TERBAIK

Daerah Segamat berjaya menganjurkan Program Outreach:
Fasa 1 pada 22 April 2014 di Perbadanan Perpustakaan Awam Segamat
Fasa 2 pada 29 April 2014 di SK Kampong Kudung 

OUTREACH SEGAMAT mendapat pujian dari pegawai KPM, JPNJ, PPD dan juga tetamu jemputan. Outreach Segamat melibatkan 12 orang Pegawai Perubatan dan 15 orang jururawat dari Hospital Segamat dan Pejabat Kesihatan Segamat. kali ini, pencalonan outreach seramai 68 orang.

Antara Agensi yang memberikan kerjasama:
  1.  Bank Simpanan Nasional Negeri dan Daerah
  2. Jabatan Kebajikan Masyarakat, Segamat
  3. Kipmart Segamat
  4. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri dan Daerah
  5. Hospital Segamat
  6. Pejabat Kesihatan Segamat
  7. Klinik Kesihatan Bekok
  8. Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri dan Segamat
  9. Bank Rakyat
  10. Bank Muamalat
  11. Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Labis dan Kg Kudung
  12. Persatuan Serikandi 
  13. Guru dan murid Pendidikan Khas 

"GURU PEMULIHAN SEGAMAT 
SANGAT CEMERLANG MENJADI URUSETIA OUTREACH"
laporan pegawai pemantau

Outreach SEGAMAT Tahun 2014 melibatkan 84 guru pemulihan daerah Segamat
TERBUKTI kerjasama yang diberikan adalah yang TERBAIK  

LENSA 5 PROGRAM OUTREACH DAERAH SEGAMAT 2014

PERTUNJUKKAN SILAP MATA
Antara aktiviti yang memukau hadirin semasa program berlangsung.

Mr Kiku Khairil membuat persembahan silap mata
Hadirin memenuhi balai perasmian
Terpegun melihat persembahan silap mata

LENSA 4 PROGRAM OUTREACH DAERAH SEGAMAT 2014

ACARA DI MAJLIS PERASMIAN
Program dirasmikan oleh Tuan Hj Md Amin Bin Anis, Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, JPNJ. Turut hadir Pn Hjh Zaleha Bt Osman, Ketua Sektor Program Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Antara VIP yang hadir

Tarian Sewang oleh Murid SK Kampong Kudung

Tarian sewang memukau hadirin

Gimik Pelancaran menaikkan bunting ke udara
Antara tetamu jemputan

Antara tetamu jemputan

Antara Fasilinus yag hadir

LENSA 3 PROGRAM OUTREACH DAERAH SEGAMAT 2014

AKTIVITI DI TAPAK PAMERAN
Pameran Outreach 2014 melibatkan pelbagai agensi diantaranya Bank Simpanan Nasional,
Bank Rakyat, Bank Muamalat, Klinik Kesihatan Segamat dan Bekok, Pergerakan Wanita UMNO Labis dan Kg Kudung, Pendidikan Khas dan Pemulihan Khas.

VIP dan tetamu jemputan melawat Tapak Pameran
En Masnawi menunjukkan hasil gubahan wanita UMNO
VIP bersama pegawai Bank Simpanan Nasional Negeri dan Daerah
VIP bersama Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Labis

Tn Hj Md Amin melawat pameran dari Klinik Kesihatan

Antara hasil gubahan Wanita UMNO

Tuan Hj Md Amin membuat pemeriksaan tekanan darah

En Shahiran merasa masakan dari peserta pertandingan memasak

LENSA 2 PROGRAM OUTREACH DAERAH SEGAMAT 2014

AKTIVITI MURID DAN SUKANEKA RAKYAT
Aktiviti murid melibatkan Calon Outreach dan murid SK Kampong Kudung bagi Pertandingan Mewarna Tajaan Bank Simpanan Nasional dan aktiviti sukaneka melibatkan masyarakat setempat.

Tuan Haji Md Amin dan Puan Hjh Zaleha menyumpit buah betik
Pertandingan Kukur Ubi

Pertandingan Mewarna Tajaan BSN

Pertandingan Mewarna Tajaan BSN

Aktiviti Kukur Ubi menggunakan rotan

LENSA 1 PROGRAM OUTREACH DAERAH SEGAMAT 2014

AKTIVITI SENAMROBIK
Program ini melibatkan murid Outreach, murid SK Kampog Kudung dan masyarakat setempat. Aktiviti Senamrobik dimeriahkan dengan kehadiran Maskot Amy dan  Maskot Ely dari Bank Simpanan Nasional

Antara hadirin yang terlibat dalam aktiviti senamrobik

Maskot Amy dan Ely dari BSN memeriahkan suasana

kanak-kanak riang bersenamrobik

Masyarakat setempat bersama terhibur

Pandangan dari atas aktiviti senamrobik

Add caption


Maskot AMY Bank Simpanan Nasional