Pengenalan


KONSEP PEMULIHAN KHAS

Satu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk murid–murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira sebagai asas menjadi Fokus Kurikulum Baru Sekolah  Rendah.


MATLAMAT

Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan.


OBJEKTIF

  •  Membantu murid-murid mengatasi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.

  • Membantu murid-murid mengubah sikap negatif dan tingkah laku yang menjejaskan proses pembelajaran dan memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap  positif terhadap pembelajaran.

  • Merealisasikan 100 % celik huruf.

No comments:

Post a Comment